Sakit

Rasa sakit sangat hati ni..
Tapi, klau kita reflek balik..memang..memang saya ada kelemahan..
Tapi, kenapa awak tak tengok kelebihan saya..? Saya dah berusaha tau..
Sakit hati saya..

Allah..
Masa gini, nak kena pjuk aty sendiri je la..nak salah sape sape pun xde..dah memang kelemahan saya kan..layan lagu Wali Band- Tomat.. kire blh gak lyan blue ati nie..sakit woo..~

Cinta

Bismillah..
haa, curious tak dengan tajuk nie..??
Nakal tau..Haha..

Tapi kan,
bukan sebarang 'Cinta' yang owang dambakan..
Owang nak dambakan cinta mcam Siti Fatimah Az-Zahrah dan Saidina Ali..
Amin...~ Insyallah..



Dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
(klik sini untuk kisah percintaan Saidina Ali dan Siti Fatimah Az-Zahrah)


Sweeet tak..??

mcam ni la owang nak..Siti Fatimah dengan Saidina Ali tak pernah pun berkapel.. tak maen pun surat-surat cinta.. tak men pun jumpa-jumpa..

dalam erti kata lain, mereka berdua percaya pada jodoh.. jodoh yang ditentukan oleh Allah..

dan bagi anna aQilah,
aQilah percaya pada jodoh Allah..  ^^

.::dalamIslamtakadaistilah'Coulpe'::.

Nak tahu cerita mengenai Siti Fatimah Az-Zahra, moh lawat blog ni --> Kisah Teladan

Saya Achluophobia

Bismillah..
ok, check it out pasal fobia nie..

1. Achluophobia = fobia tempat gelap

     Selalunya budak-budak la fobia gelap. Takpun takut gelap.

2. Acrophobia = fobia tempat tinggi

     Fobis tempat tinggi ni orang selalu kaitkan dengan gayat. Kadang-kadang ada sesetengah orang yang rasa macam tak boleh nak bernafas kalau kat tempat tinggi. Rasa lemas pon ada juga.

3. Claustrophobia = fobia tempat sempit/ ruang kecil

     Sebab tu kalau korang perasan, kebanyakan lif ada letak cermin. Mereka letak cermin tu supaya lif tu nampak luas. Dalam masa yang sama boleh juga la kalau nak guna untuk menghias diri. Hehee


*yang ni owang amek sumber kat Mutiara Kehidupan..

and so, untuk owang, owang ada dua fobia..
Achluophobia dan juga Claustrophobia..uhuuu~ tapi lebih kepada yang tempat gelap la..haha.. tempat sempit tu, jarang-jarang..

klo kowang nak tahu jenis yang berjenis-jenis lagi, sila la ke blog Fitrihadi ni ha..

Bersangka baik pada Allah



Kalau masa nak tolong mak angkat-angkat barang, mesti ada yang jatuh..
Kalau jalan elok-elok, mesti tersadung batu la, langgar pintu la..
Kalau bawa kereta, masa nie la jalan sibuk.. tadi sebijik kereta pun tak nampak..
Kalau masa kelam kabut nak hantar assigment, masa ni la printer nak buat hal..
Kalau masa nak solat dah amek wudhu, masa ni la nak buang angin.. Tadi tak de plak nak buang..

macam-mcam la..teruk sangat ke aku nie..??
malang sangat ke..??
aku bukan nak buat kerja jahat pun..
kengkawan aku yang lain buat benda yang sama, ok je..
tak de seteruk aku..
haish~

Atagfirullah..kengkawan pernah tak rasa camni..??
ada rasa bengang tak dengan diri sendiri..
kecewa..??

tapi, korang pernah tak terlintas NAPE jadi mcmtu..??
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 
Surah Al-Baqarah : Ayat 216 
boleh baca yang di'bold' tu kan..??tak yah nak ulas..kowang kan budak pandai..
Owang kata, kita kena selalu berfikiran positif..

kalau barang asyik jatuh masa angkat, mungkin Allah nak biasakan kowang supaya baca 'Bismillah' untuk setiap pekerjaan..dapat pahala..

Kalau jalan elok-elok tersadung batu, mungkin Allah nak pesan supaya gerak tengok jalan, tengok keindahan alam..bukan smartphone kowang yang canggih tu..

Kalau bawa kereta, masa nie la jalan sibuk.. mungkin Allah nak ingatkan yang kowang belum lagi baca doa naik kenderaan.. 

Kalau masa kelam kabut nak hantar assigment then printer meragam, mungkin Allah nak beritahu supaya buat kerja jangan last minute.. 

Kalau masa dah wudhu nak buang angin.. mungkin ini antara cara Allah nak bantu kita untuk gugurkan dosa-dosa kecil..

Wudhu yang sempurna mampu mengugurkan dosa-dosa kecil.. Insyallah..~
Senangkan bila kita sentiasa bersangka baik.. lebih-lebih lagi kepada yang Maha Agung, Allah..bila kowang dok salahkan diri sendiri, dalam diam kowang menyalahkan takdir..takdir tu, yang ditentukan oleh Dia..Nauzubillah..

Kawan2, mari, sentiasa kita bersangka baik pada Allah.. ^^

.::Cinta-Nya cinta utama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar menjadi kecil::. 

Tak elok memaki...

selalu kalau budak mesti cakap camni,
"Eeei, mana boleh cakap b**oh, nanti berdosa taw.."

Agak-agak korang, betul ke berdosa..??

"Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),"


Haa, nampak dalil tu.. 
kalau kita tengok betul2, kalau kita dok memaki owang lain, tak ke buat owang marah..
then, secara tidak langsung akan memecahbelahkan tali silaturahim..
kan..??
tak elok taw..
Jadi, berdosa atau tak, 
sendiri maw nilai la~~


aku juga patung seperti kamu

Ya Allah, izinkan ku meluahkan rasa yang terpendam..
sekian lama aku cuba mengaburi pemandanganku, 
kesekian itu ia memaksa penglihatan ku menjadi jelas..

pemandanganku jelas, namun dikabur oleh parasit-parasit habuk,
dek patung-patung yang bersih,
tapi tak disedarnya mereka,
ada kotoran yang melekat..

kotoran yang dianggap biasa,
namun, aku tak selesa..

aku juga patung seperti mereka..
kotoran juga ada mehinggap di bibir ku,
namun cahaya-Mu, Allah,
menggerakkan tanganku,
merapati bibir manisku,
agar parasit habuk itu,
tak kan terus berlegar..

Syukurku pada-Mu, Allah..
aku terselamat..
tapi, apakah patung-patung bersih,
akan bertukar menjadi kotor?
Hanya Engkau harapan ku, Ya Allah..

bantulah sahabat ku untuk sentiasa menjaga bibir-bibir manis mereka..
Amin~

Nukilan : blogger 91' ( 29 Julai 2013, 11:20 pm )
mood : kecewa


pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025

Assalamualaikum,
dah lama cari ni..
kepada para guru pelatih sekalian, anda boleh la tengok pelan nie eh..


sila klik SINI untuk muat turun..

kredit to :