namun hanya kerana cintakan agama sendiri,
Agama Islam..
kredit to : RiDhuan Tee
Nasib Islam selepas PRU13
(Buka Minda Sinar Harian 6 Apr 2013)
Ketika artikel ini ditulis dan dihantar kepada
Sinar Harian (Jumaat), kempen PRU13 masih rancak berjalan. Bermakna, apabila
artikel ini diterbitkan (Buka Minda - Isnin), keputusan PRU13 telahpun
diketahui malam tadi. Tahniah! Kepada yang menang. Kepada yang kalah, cuba
lagi. Menang atau kalah, buatlah
muhasabah diri (parti) atau analisa SWOT perlu dilakukan bagi menilai
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
Analisis awal yang dapat saya lakukan adalah,
siapapun yang menang, tidak banyak manfaat untuk agama Islam dan umatnya.
Meskipun agama suci ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketika
kempen, kita asyik meraikan orang lain. Agenda memperkasakan Islam jarang
kedengaran.
Kita lebih obses dengan tuntutan ultra kiasu.
Apa yang mereka mahu semua kita beri. Nasib baik kita tidak menjanjikan bulan
dan bintang. Jika tidak, itupun kita akan beri. Lebih menyedihkan, sehingga
perkara yang sudah dilupakan dan tidak dituntut lagi pun kita beri. Malah, ada
projek pembangunan yang sedang berjalan terpaksa dibatalkan, gara-gara mahukan
undi. Apakah kita berada di landasan yang betul?
Lebih ekstrim lagi, mereka meminta supaya
surat jaminan segera dikeluarkan sebelum hari pengundian. Jenis manusia apakah
ini? Tidak pernah bersyukur. Ini bukan lagi ultra kiasu, tetapi sudah ultra
paisi (jahat).
Pilihan raya adalah medan untuk rakyat memilih
yang siapa yang terbaik, bukan memberikan bulan dan bintang kepada mereka.
Negarawan sepatutnya mempertahan dan memperkasakan kepentingan semua, terutama
perkara-perkara asas bernegara. Negarawan harus tegas dalam membuat keputusan,
berani menghadapi risiko, selagi mana keputusan dibuat untuk kepentingan agama,
bangsa dan negara.
PRU13 hanya alat, menang atau kalah, itu
perkara biasa. 5 tahun lagi, kita bersua kembali. Apa yang penting agenda
agama, bangsa dan negara mesti berjalan dan dihormati. Apa guna menang PRU13,
jika agama dan umat Islam masih merempat menagih simpati di buminya sendiri.
Saya tidak dengar ketika kempen, sekolah agama
diberikan keutamaan, berbanding sekolah lain (vernacular). Saya bukanlah orang
agama (ustaz), tetapi saya sangat sayangkan agama, kerana itulah darah daging
kita. Hidup mati untuk agama. Agama terdaulat, bangsa terdarjat, negara
berdaulat. Namun, jika agama merempat, bangsa dilaknat, negara tidak berkat.
Saya teramat sedih membaca kempen MCA dalam
iklan akhbar the Star sepanjang hari berkempen. Terang-terang menghina agama
Islam. Walaupun ditujukan kepada PAS (PR), tetapi perkara tersebut merupakan
perkara asas Islam seperti cuti pada hari Jumaat, larangan arak dan judi, pengasingan
lelaki perempuan dalam kolam renang dan saloon, panduan berpakaian dan
sebagainya.
Pada saya, jika Kelantan dan Kedah ingin
melaksanakan perkara asas tersebut, itulah adalah hak dan wajar. Lagipun
majoriti umat Islam berada di sana. Bilangan bukan Islam amat sedikit. Hak
majoriti mesti dipertahankan jika itu yang mereka mahu dan disyariatkan.
Bandingkan dengan minoriti Cina Islam di negeri China, adakah mereka dapat
hak-hak Islam mereka dilaksanakan? Saya harap MCA sedar diri.
MCA ternyata semakin kurang ajar,
mempermainkan isu ini. Mereka sepatutnya tahu membezakan antara menyindir PAS
dengan menyindir Islam. Perlu dibuat berhati-hati. Jangan sampai mahu menyindir
PAS, sehingga menghina Islam.
Saya harap UMNO dapat menegur rakan parti
komponen ini. Sedarkan mereka, jangan sentuh kesucian Islam. MCA boleh
mengkritik PAS. Tetapi, perlu diingat, jika ada perkara yang dibawa PAS
merupakan perkara asas dalam kehidupan beragama, jangan sama sekali berani
mempermainkan agama wahyu ini.
Begitu juga dengan PAS, agenda hudud PAS
ditolak mentah-mentah oleh DAP. Malangnya, PAS sanggup berkompromi dengan
mengatakan hudud hanya agenda PAS bukan agenda PR. Jika begitu, bagaimana PAS
mahu melaksanakan hudud jika PR berjaya memerintah. Adakah hudud untuk orang PAS
sahaja, manakala demokrasi untuk DAP dan PKR. Bolehkah negara diperintah oleh
dua sistem? Sekalipun PAS berjaya dengan agenda hududnya bagaimana orang Islam
yang ada dalam PKR dan DAP. Apakah mereka akan terkecuali dari hudud?
DAP dan semua bukan Islam sudah tahu, bahawa
hudud bukan untuk mereka. Hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Persoalannya,
kenapa mereka masih menentang? Saya simpulkan, mereka tidak mahu apa jua
perkara dikaitkan dengan Islam. Mereka mahukan negara ini menjadi sekular dan
beridentitikan mereka.
Mereka sengaja memejamkan mata bahawa negara
ini asalnya bertuankan ketuanan Islam dan Melayu. Melalui pemahaman agama Islam
jugalah yang menyebabkan orang Melayu menerima mereka di sini dan hak-hak
mereka terjamin. Jika orang Melayu tidak beragama Islam, saya tidak fikir,
orang Melayu mahu menerima orang bukan Islam berada di sini. Nasib mereka
mungkin sama seperti minoriti umat Islam di China dan India.
Saya ingin menasihat umat Islam, apabila
berpolitik, ingat Tuhan. Umat Islam mesti tahu hak-hak mereka di bumi mereka
sendiri. Apatah lagi untuk memartabatkan agama dan bangsanya. Peliknya, orang
lain bergaduh juga. Namun, hak mereka terjamin dan terjaga. Kita pula, bergaduh
setiap masa dan sepanjang masa, malangnya hak semakin hilang dan terhakis.
No comments:
Post a Comment